Solat di Masjid Menuju Kubur


Salam readers
Kadang-kadang kita lupa kita ini siapa. Mungkin kerana pangkat, gelar, penghormatan dll. Kita bertungkus lumus belajar menjadi pelajar yg terbaik, menjadi pekerja yg terbaik dan menjadi yg paling cemerlang dan mendapat penghargaan daripada pelbagai pihak. 

Cuma, kadang-kadang kita lupa. Kita lupa dengan tanggungjawab hakiki kita sebagai hamba selain daripada menjadi khalifah.




Adakah kita juga berjaya dalam melaksanakan perintah Allah yg diwajibkan ke atas kita?Antara ciri-ciri org yg mendapat kejayaan hakiki adalah org yg menjaga solatnya 5 waktu, baik dari segi masa juga berjemaah.


وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ
dan orang-orang yang memelihara solatnya. (Surah Al-Mu'minun :9)


Bertungkus lumus kah kita dlm menunaikan setiap perintah sang Pencipta? Solat 5 waktu kita, adakah terlaksana dgn cemerlang, sepertimana tugasan kita yg lain? Apa kita pernah terfikir utk menjaga solat berjemaah dan solat di masjid?

Dari Ubai bin Kaab r.a katanya: "Ada seorang lelaki yang setahuku dialah yang paling jauh tempat tinggalnya dari masjid. Walaupun begitu dia tidak pernah ketinggalan bersolat jamaah.
Kata orang kepadanya: "Alangkah baiknya jika kamu membeli seekor keldai untuk tunggangan kamu di malam gelap atau di panas terik". Dia menjawab: "Aku tidak suka tinggal berdekatan dengan masjid kerana aku ingin supaya setiap langkahku pergi dan pulang dari masjid ditulis Allah pahalanya bagiku". Sabda Rasulullah SAW : "Allah mengumpulkan pahala semuanya itu bagi mu". (Muslim)


نَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ ۖ فَعَسَىٰ أُولَٰئِكَ أَن يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ
Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. (Surah At-Taubah : 18)



Masih belum terlambat utk berubah menjadi lebih baik. Alangkah indahnya andai kita mampu berjaya di dunia dan di akhirat.. Sepertimana yang selalu kita minta selepas selesai solat.

Astaghfirullah..

Banyakanlah langkah ke masjid agar kita lebih bersedia menuju kubur.

Wallahu a'lam.

Wassalam wbt.

0 comments:

Post a Comment

 

Translate