Tentang Khilafah dan Tujuan Hidup Kita


Assalamualaikum readers,


Tentang Khilafah



Sudah tercatat di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad seperti berikut..

Daripada an-Nu'man bin Basyir, beliau berkata, suatu hari kami duduk-duduk di masjid Rasulullah s.a.w. Basyir (bin Saad) adalah seorang yang tidak banyak bercakap. Lalu datang Abu Tsa'labah dan beliau berkata, "Wahai Basyir bin Saad, apakah kamu menghafal hadith Rasulullah s.a.w tentang kepimpinan (al-umara')?"

Lalu Hudzaifah berkata, aku menghafal khutbah Baginda s.a.w. Lantas Abu Tsa'labah al-Kashniyy duduk dan Huzaifah berkata,


Rasulullah s.a.w bersabda:

"Kenabian akan berada bersamamu selama mana ia dikehendaki oleh Allah, kemudian Dia akan mengangkatnya ketika mana Dia mahu mengangkatnya

Kemudian akan tiba pula zaman Khilafah di atas Manhaj Kenabian selama mana ia dikehendaki oleh Allah, kemudian Dia mengangkatnya ketika mana Dia mahu mengangkatnya

Kemudian datang pula zaman raja yang menggigit (Malikun 'Aadhun) selama mana dikehendaki oleh Allah, kemudian Dia mengangkatnya ketika mana Dia mahu mengangkatnya

Selepas itu muncul pula zaman raja yang diktator (Malikun Jabriyyah) selama mana ia dikehendaki oleh Allah, kemudian Dia mengangkatnya ketika mana Dia mahu mengangkatnya

Kemudian akan hadir pula zaman Khilafah di atas Manhaj Kenabian..."

Hadith riwayat Ahmad 4/275, Abu Daud 4/211, At-Tirmidhi 4/503


Wilayah khilafah Islam suatu ketika dahulu


Sahabat sekalian, 
berdasarkan hadith tersebut, ada 5 zaman kepemimpinan yang akan dilalui oleh manusia. Zaman pertama yakni zaman kenabian sudah berakhir dengan Nabi Muhammad saw sebagai nabi yang terakhir.

Zaman khilafah di atas manhaj kenabian juga sudah berlalu dengan 4 org khulafa' ar-rasyidin.

Zaman malikun aadhun seperti yang dinyatakan dalam hadith di atas juga sudah berakhir. Meskipun terdapat beberapa khilaf dalam menafsirkan raja yang menggigit (menggigit AQ dan sunnah) yg dimaksudkan dalam bahagian tersebut kerana terdapat beberapa khalifah yang masih berpegang teguh dengan Al-Qur'an pada setelah era khulafa' ar-Rasyidin. 
Apapun, zaman khilafah sudah berlalu setelah jatuhnya khilafah uthmaniyya (Osmanli) di Turki pada 3 Mac 1924.

Zaman diktator atau malikun jabriyyah telah dan sedang kita lalui sekarang di mana umat Islam berada dalam penindasan yang sangat teruk, baik yang dapat dilihat secara mata kasar mahupun tidak.

Kemudian akan datang zaman khilafah di atas manhaj kenabian, kemudian Rasulullah saw senyap sesudah menyatakan hal tersebut yang mana dipercayai itu merupakan tanda berakhirnya dunia, kiamat.


Apa Tujuan Hidup Kita?

Hari ini kita dapat melihat ramainya umat Islam yang tidak tahu membaca al-Qur'an apatah lagi menulis dan berbahasa Arab (bahasa Al-Qur'an dan Hadith). Dari sekecil-kecil perkara yang melibatkan individu sehingga kepada hukum dan undang-undang Islam yang masih belum disyariatkan meskipun banyak negara mengaku sebagai negara Islam. Semuanya natijah tiadanya khilafah yang memayungi umat Islam sehingga maruah umat Islam dirobek tanpa disedari.

Era globalisasi, dunia tanpa sempadan atau apapun jua terma yang digunakan pada masa kini membuatkan kita terlalu sibuk dengan hal-hal duniawi dan kepentingan sendiri sehingga kita kian jauh dari matlamat untuk memperjuangkan Islam, menegakkan daulah Islam, dan mewujudkan kembali khilafah Islam sekaligus melaksanakan hukum mengikut syari'at Islam.



Mari muhasabah sejenak, sudahkah kita berusaha dengan kudrat yang dipinjamkan Allah untuk memenuhi tujuan utama kita hidup di dunia ini iaitu menjadi abid (beribadah) dan menjadi khalifah.

Renungkan ayat-ayat ini.




"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". (Surah Al-Baqarah: 30)




Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Surah Az-Zariyaat: 56)

                                  


Khilafah Islam akan tertegak suatu hari nanti, sama ada kita bersama memperjuangkannya ataupun tidak. Rebutlah peluang untuk mendapat syurga jika anda sedar dosa anda menggunung. Bersamalah memperjuangkan tegaknya khilafah di mana pun anda berada. Kenali waqi' (praktikaliti dan situasi), fahami, dan mohonlah petunjuk Allah. 

Wallahu a'lam.

Wassalam wbt.

:)







0 comments:

Post a Comment

 

Translate