Catatan Athens I: Kota Kuno yang Muflis

Salam readers, ini merupakan entri berepisod pengembaraan musim panas penulis dan rakan-rakan di negara Yunani (Greece). Entri ini ditulis sepanjang perjalanan di kota-kota yang dilawati. Selamat membaca!


Chow Kit Road di Kota Athens

Kota ini begitu hiruk-pikuk suasananya dengan pelbagai jenis manusia yang sebahagiannya bukan penduduk asal kota ini. Ramai sekali imigran dari luar Greece, baik dari negara-negara Eropah berhampiran seperti Romania dan Albania, mahupun dari Asia selatan iaitu India dan Bangladesh.

Kami menginap di Soho Hotel yg terletak sekitar 8 minit perjalanan dari stesen metro Ommonia. Keadaan sekitar hotel ini hampir sama dengan keadaan  lorong-lorong gelap di jalan Chow Kit Kuala Lumpur pada waktu malam. Menakutkan kalau anda hanya berada seorang di sekitar lorong tersebut. Strategi meletakkan pasukan polis ditempatkan di kawasan  lorong tersebut adalah sangat tepat kerana dalam satu malam sahaja sudah bermacam-macam kes jenayah berlaku. Ragut, gaduh dan macam-macam lagi.



Ibu Kota bergelapan

Kami berjalan kaki menuju ke syndagma square demi mencari agensi yg menjual tiket ferry ke Santorini. Sayang sekali, kami tiba di bangunan agensi tersebut agak lewat dan agensi tersebut sudah ditutup. Kami pun bergerak pulang ke hotel. 
Kami berjalan sambil memerhatikan keadaan sekeliling syndagma square yang begitu peuh dengan manusia yang bergelapan. Percaya atau tidak, ibu kota negara Greece ini gelap di waktu malam kerana lampu-lampu jalanan tidak dinyalakan. Mungkin faktor masalah elektrik pada hari itu, tapi kami hampir pasti penyebabnya adalah kos elektrik yang mungkin tidak dapat ditanggung oleh pemerintah dalam keadaan negara yang diisytihar muflis.

Sedang kami kami meneruskan perjalanan di Syndagma square, kami bertemu dengan sepasang suami isteri dari Syria. Keduanya berusia awal 50an, begitu perkiraanku. Hatiku jadi tersentuh saat si isteri yang mengenakan jubah hitam meminta agar kami mendoakan keamanan di negara mereka.



Perkenalan dengan Valeros

Antara pekerja hotel Soho ini adalah seorang anak muda yg berusia 20 tahun bernama Valeros. Ada banyak kisah menarik tentangnya. Dia berasal dari macedonia, daerah di sekitar utara Greece. Dia merantau jauh ke kota Athens untuk menimba pengalaman dan melihat dunia luar katanya, kerana kampungnya hanya dikelilingi bukit bukau dan haiwan ternakan serta tanaman. Dia mulai bekerja saat umurnya 8 tahun. Setiap pulang dari sekolah, dia akan ke ladang untuk mengembala kambing biri-biri milik keluarganya. Pengalaman hidupnya yg sukar itu membuatkannya sangat mandiri dalam usianya yg terhitung muda. Sayangnya, kami tidak sempat merakam kenang-kenangan bersama Valeros.



Lawatan ke Acropolis dan Parthenon


Kawasan tinggalan kerajaan kuno yunani ini terletak di atas bukit. Panas dan berdebu, begitulah secara ringkas gambaran suasana ketika kami tiba di tempat tersebut. Sejarah di sebalik kota Athens ini sememangnya banyak untuk disingkap dan begitu sedih sekali melihat keadaan kota moden Athens (atau Athina dalam bahasa greek) pasca pengisytiharan muflis beberapa bulan yg lalu.

Badrul, Asyandi, Faisal dan Fakhrul di Acropolis, Athens, Jun 2012



Tinggalan Acropolis dan sebahagian usaha pembaik pulihan yang dilakukan

Kerana usianya yang sememangnya sudah terlalu tua, hanya sebahagian struktur yang masih bertahan sehingga ke hari ini. Ada sesuatu yang menarik perhatian kami ketika sedang melawat sekitar Acropolis ini. Kami menemukan ukiran tulisan jawi pada salah satu dinding marmar di sini. Gambar tidak begitu jelas kerana teriknya matahari pada hari itu, maka penulis tidak menyertakan gambar tersebut di sini.

Ada persamaan dari segi seni bina antara tinggalan di Athens ini dengan tinggalan di kota Rome. Cuma dari segi penjagaannya, tinggalan-tinggalan sejarah di Kota Rome jauh lebih baik berbanding kota Athens. Faktor ekonomi dipercayai memainkan peranan meskipun negara Italia juga sedang di ambang muflis sepertimana yang sedang dialami oleh negara ELLAS (Greece dlm bahasa greek)

Begitulah sekitar catatan awal di Kota Kuno yang Muflis ini. Banyak perkara yang boleh dimuhasabah terutamanya nikmat cahaya lampu jalan di waktu malam. Bayangkan sekiranya kita bergelapan di tengah bandar yang sibuk dan penuh dengan manusia, pasti banyak perasaan tidak enak akan menghantui terutamanya kejadian-kejadian yang tidak diingini. 

Pengajarannya, kurangkan berhutang, bijak merancang belanjawan dan jangan membazir. Dan paling penting, JANGAN RASUAH!


Wassalam wbt.

Till next time readers.

p/s: Episode II di Athens

2 comments:

  1. seronoknya tengok orang berjalan2... me pun belum sampai sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah. one day. buleh tu.. :)
      sambung master or phD..

      Delete

 

Translate