Catatan Athens II: The Incident


Tiupan rindu di pelabuhan Pierous
(ditulis pada 23 jun 2012)


Suasana malam di Pelabuhan Pierous, Athens


Disebabkan kami terlepas ferry sebelah pagi, maka kami pun membeli tiket baru menuju ke Santorini.
Ferry ini mengingatkan aku kepada kenangan masa kecil ketika kami sekeluarga sering mudik ke sulawesi selatan dengan menaiki kapal laut dari pulau Nunukan menuju ke Pare-Pare. Sungguh nostalgik sekali.

Ruangan yg kami duduki adalah ruangan udara terbuka di dek nombor 8. Agak panas juga ruangan tersebut. Ketika sedang asyik aku mengimbau kenangan-kenangan masa kecil, aku terlihat sepasang suami isteri yang masih muda remaja bersama bayi mereka yang berada di dalam stroller. Lantas terbayang abang dan kakak iparku serta anak buahku, Opick. Allah, sungguh kenangan singkat di kota Athens ini menghembuskan angin rindu pada keluarga tercinta. Ingin sekali bertemu. Semoga Allah senantiasa merahmati dan melindungi orang-orang aku sayang dan menyayangiku.



Malang Tidak Berbau
(ditulis pada 24 jun 2012)

Pagi Ahad 24 Jun, kami bertolak keluar dari hotel seawal 6am untuk menaiki Metro menuju pelabuhan Pierous. Rencanan asalnya, kami akan menaiki ferry pada jam 7.25am ke pelabuhan Thira di Santorini. 

Namun Tuhan memiliki remcana lain. Sedang kami menuruni eskalator ke bahagian bawah tanah stesen metro Ommonia, Faisal diragut oleh sekumpulan lelaki yg berada di sekitar eskalator. Beg tangan kecil faisal ditarik dan lehernya sempat terkelar tatkala bergelut dengan peragut-peragut tersebut sehingga tali beg tersebut terputus. Aku dan yg lain berlari menuju pejabat polis berhampiran. Kami tidak mampu melawan kumpulan tersebut kerana jumlah mereka yang ramai, sekitar 8-10 org. 

Sejurus selepas itu, kami bergegas mencari pondok polis terdekat untuk membuat laporan sebelum akhirnya kami diarahkan utk ke pejabat konsulat Malaysia di Greece. Kami menaiki teksi ke Acropolis di mana pejabat tersebut ditempatkan membawa kami kepada pertemuan dengan seorang lelaki tua yang selamba dan penuh dengan humor, Pak cik Thomas. Kami amat bernasib baik kerana beliau berada di pejabat pada awal pagi Ahad, sesuatu yg sangat kami syukuri. Faisal pun diberikan paspot kecemasan sementara utk digunakan sepanjang perjalanan ke destinasi berikutnya sebelum kembali ke London.


Pak cik Thomas dan Jip antik beliau yg sempat melanggar sebiji pasu bunga sebelum meninggalkan halaman pejabat Konsulat

Selesai urusan di pejabat konsulat, Pak cik Thomas pun menghantar kami dengan jip antiknya ke stesen metro Ommonia agar kami dapat menaiki metro ke stesen Pireous, pelabuhan kapal-kapal pelayaran ke pulau-pulau kecil sekitar tanah jajahan Greece. Pelbagai jenaka selamba diceritakan oleh beliau sepanjang perjalanan tersebut. Sempat melalui tanah perkuburan di kota Athens, beliau memberitahu kami "di situlah tempat kita semua kembali suatu masa nanti". Peringatan ringkas namun mendalam buat kami.

Misi kami utk melaporkan kejadian pagi tersebut diteruskan ke balai polis Pireous.  Setibanya kami di balai polis Pireous, kami dimaklumkan bahawa kejadian tersebut hanya boleh dilaporkan di balai polis Ommonia. Setelah berbincang, Faisal dan Badrul pun bergerak menuju Ommonia manakala aku dan Fakhrul menunggu mereka di Pireous.

Disebabkan kami tidak sempat menaiki ferry di sebelah pagi, kami pun membeli tiket baru untuk menaiki feri di sebelah malam. Bluestar ferry yg kami naiki bertolak ke sekitar jam 7.30pm dari platform 1 pelabuhan Pierous. Aku dan Badrul menyaksikan matahari terbenam dari bahagian belakang kapal bersama-sama beberapa penumpang lain.

Gambaran matahari terbenam dari bluestar ferry


Banyak yang kami pelajari dari kejadian mendebarkan pada hari terakhir kami di Kota Athens ini. Setiap kami membuat refleksi masing-masing akan kesalahan dan kecuaian anggota kami sepanjang pengembaraan ini.
Saat mencemaskan itu membuat kami muhasabah semula perjalanan kami sambil meyakinkan diri akan hikmah di sebalik semua yg berlaku. Dari Allah kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali.

Nantikan sambungan kisah pengembaraan ini di Pulau Santorini.

Sekian dulu, wallahu a'lam. 

Wassalam wbt


0 comments:

Post a Comment

 

Translate