Hari ini berlalu dengan pelbagai perkara yg tidak disangka-sangka oleh penulis. Apapun, alhamdulillah, penulis merasakan begitu seronok hari ini. Banyak pelajaran baru.
7pagi - 3pm
Menolong sahabat menjayakan program 'smart solat' dan rawatan darussyifa' di Masjid Bukit Pakiaw, Pokok Sena (boleh google di mana tempatnya).
Lama kami menunggu sebelum akhirnya bermula kehadiran peserta yang ditunggu-tunggu. Itupun setelah pihak ahli lembaga masjid yg meminta anak-anak mereka dtg sebagai peserta.
Penulis dapat melihat sedikit kekecewaan di hati sahabat yg bertungkus-lumus merancang program tersebut namun akhirnya seakan kurang mendapat sambutan.
Allah Maha Besar, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk hamba-hambaNya. Usai program, kami berbual-bual dan mencuba muhasabah kembali hikmah di sebalik kurangnya sambutan program hari ini.
"memang benarlah, andai program ini dibuat sekadar untuk mendapat perhatian org, memang kita akan kecewa dgn sambutan hari ini, namun andai program ini dibuat semata-mata menginginkan redha Allah, inshaAllah ana takkan pernah kecewa".
begitulah muhasabah sahabat penulis demi menenteramkan hati beliau yg sedang gundah.
Allah sedang menguji sejauh mana ikhlasnya kita dalam perjuangan menyampaikan dakwah kepada manusia. Andai redha manusia yg ingin dikejar, alamatnya kecewa tak berkesudahan. Namun, andai redha Allah yg ingin dicapai, inshaAllah takkan pernah ada sekelumit kecewa di hati.
"Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap redha Allah."
[HR Abu Daud dan An-Nasaie]
ya Allah, susahnya nak ikhlas..
Sahabat readers, mari sama-sama kita muhasabah kembali dalam setiap perkara baik yg kita lakukan, adakah kita akan merasa kecewa ketika kita tidak mendapat balasan seperti yg diharapkan? Mari istighfar.
Saya takut melihat jumlah like yg diperolehi di facebook utk status yg ditulis. Begitu pula dgn apa jua bentuk perkataan, pujian dan segala yg boleh menggoyahkan niat berbuat kebaikan. Mohon doakan saya.
Wallahu a'lam.
Wassalam wbt.
0 comments:
Post a Comment