Assalamualaikum wbt.
Sekadar berkongsi sedikit dapatan. Semoga bermanfaat.
Agama dan Politik?
Beberapa sirah yg menunjukkan agama dan politik tidak boleh dipisahkan:
1- Nabi Muhammad saw merupakan pemimpin agama dan juga pemimpin negara
2- Saidina Abu Bakr as-Siddiq dipilih menjadi pemimpin selepas kewafatan nabi dgn bersandarkan pengalaman sebelumnya iaitu Abu Bakr pernah dipilih oleh rasulullah saw menjadi imam dlm solat ketika rasulullah masih hidup. Sekiranya Abu Bakr dipersetujui utk menjadi imam (ketua) utk urusan akhirat, maka mengapa tidak dia juga dipilih utk menjadi ketua utk urusan dunia?. Maka, dgn itu saidina Abu Bakr dipilih menjadi khalifah.
Adab Menziarahi Orang Sakit
Bila dalam keadaan sakit tenat, janganlah berharap agar orang-orang datang menziarahi kita. Lebih baik kita sibuk memikirkan tentang persiapan dan bekalan untuk bertemu Allah. Semoga dengan itu kita akan bertemu Allah dalam keadaan kita yg terbaik. Begitu pula adab menziarahi org sakit, jgnlah terlalu lama. Hal ini penting agar dapat memberikan peluang kepada si pesakit bersiap sedia memikirkan tentang kematian dan tidak dilalaikan oleh org yg menziarahi. Sepertimana ketika rasulullah saw tenat, baginda hanya diziarahi oleh org2 tertentu sahaja.
Kebiasaan Solat di Masjid
Kebiasaan solat di masjid seharusnya menjadi kebiasaan kita terutamanya ketika kita masih dalam keadaan kuat dan sihat biar sesibuk apapun kita. Hal ini penting agar kebiasaan itu tidak lekang ketika kita dalam keadaan yg sakit. Sepertimana rasulullah saw yg senantiasa berusaha solat di masjid sehingga baginda wafat.
Tetamu mesti dimuliakan oleh tuan rumah begitu pula halnya tetamu Allah (di masjid) juga dimuliakan oleh Allah. Semoga penghujung usia kita senantiasa istiqamah solat di masjid.
Jangan Gadaikan Agama Demi Makan dan Minum
Betapa ramai yang membuka aurat demi mencari rezeki
Betapa ramai yang rasuah demi mendapatkan kesenangan hidup
Betapa ramai yang menjual agamanya dengan menentang hukum Islam dan mengetepikan Al-Quran sebagai pegangan hidup demi mendapatkan kekuasaan dan pemerintahan.
Siratal Mustaqim (Jalan yang Lurus) - Ramai yang Minta tapi tidak Faham
Ketika solat, kita baca ayat-ayat dalam surah al-fatihah - meminta agar ditunjukkan jalan yang lurus, jalan org-org yg mendapat nikmat Allah
1. jalan para nabi (anbiyaa')
- para nabi sibuk memikirkan bagaimana utk memenangkan Islam
2.jalan org yg benar (as siddiqin)
- org2 yg yakin dgn Islam sepertimana Abu Bakr as-siddiq yakin dgn nabi Muhammad saw
3.jalan org yg mati kerana mempertahankan agama Allah (syuhada')
-perkara yg plg besar dlm hidup kita adalah mempertahankan agama kerana Allah telah menciptakan kita dari berbagai-bagai bangsa dan warna kulit namun yang plg mulia di sisi Allah adalah org yg plg bertaqwa kpd Allah. Maka agama adalah perkara pertama yg perlu diperjuangkan dlm hidup, bukannya bangsa ataupun apa jua perkara lain.
4.jalan org yg soleh (solihin)
- org yg taat pada perintah Allah, rajin beribadat kepada Allah. Kata imam Junaid, apabila kita berjumpa dgn org yg soleh, kita akan teringat kpd Allah. Jika perlu kita beli persahabat dgnnya, maka belilah persahabatan itu.
Al-Hambra, Granada, Andalusia, Sepanyol, Disember 2010
Namun, ramai di kalangan kita yg membaca dan melafazkan tapi tidak memahami dan menghayati apa yg dibaca. Bayangkan anda sedang memandu dalam perjalanan dari Perlis ke KL, anda banyak membaca papan tanda yg menunjukkan jalan ke KL namun anda tidak faham apa yg anda baca. Mungkinkah anda akan sampai ke destinasi tanpa sesat? Fikir-fikirkanlah..
Kuliah disampaikan oleh Ust Zakir Majid (Pensyarah Jabatan Pengajian Islam dan Moral IPG Kampus Darulaman, Kedah)
Wallahu a'lam
Wassalam wbt.
0 comments:
Post a Comment